Monday, January 22, 2007

AJL 21 ....

Kemerduan suara penulis lirik lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor mengungguli Anugerah Juara Lagu ke 21 baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada Adibah Noor dan komposernya Azlan Abu Hassan.

AJL 21 dengan temanya Rentak Kita Rentak Dunia cuba membawakan unsur yang grand namun begitu konsep yang dibawa tidak selari dengan cara pengacaraan yang ditonjolkan. Jika diteliti semula, dimana pembaharuan yang ingin ditonjolkan? Apakah hanya ini yang mampu dilakukan oleh industri penyiaran?

Sebagai contoh, Glam Walk atau Red Carpet ini menonjolkan konsep grand namun begitu pengacara Awal Ashaari dan Aishah Sinclair masih menemubual setiap selebriti dengan soalan yang sama yang lebih memfokuskan kepada pakaian, teman yang mengiringi ke majlis. Soalan perlu diketengahkan oleh para good looking host kepada selebriti - selebriti ini seharusnya seperti

a. memfokuskan terhadap kematangan industri muzik tanahair berdasarkan pencapaian
AJL dari dulu hingga sekarang.

b. adakah tema itu seiring dengan senario industri muzik tanahair?

Dengan cara pengacaraan sebegini akan membentuk persepsi positif malah memberi impak positif terhadap apa jua genre rancangan.

Menyentuh mengenai bahagian produksi, saya berpendapat Glam Walk tidak sepatutnya dijalankan secara live. Sebaliknya visual temubual bersama artis di Glam Walk di rekod lebih awal. Ketika Glam Walk dijalankan dilihat kebanyakkan selebriti sudah berada didalam stadiumJika diteliti dan diamati, ia telah mengakibatkan perjalanan program AJL21 terganggu. Adakah bahagian produksi sudah tidak mampu berfikir mengenai masalah ini?

Berdasarkan komen daripada ‘orang kuat’ TV3 mengenai AJL21, “we hope to create music that can blend with international music.”

Saya berharap that he can blend people’s mind with his local program with global approach and build up more thinking audiences so that Malaysian won’t look stupid.

TV3 didalam laman webnya menyatakan bahawa AJL21 mendedahkan info muzik terkini kepada khalayak. Khalayak kini bijak memilih lagu-lagu serta muzik yang mereka ingin dengar. Mereka sekarang pandai menilai lagu yang baik dan lagu yang tidak baik.

Sebenarnya TV3 patut menyedari bahawa menjadi tanggungjawab media untuk membentuk penonton menjadi lebih pandai berfikir dan menilai samada melalui program yang berbentuk hiburan mahupun talk show. Ini akan membawa rakyat Malaysia kepada satu tahap pemikiran seiring negara-negara maju. This is the meaning of rentak kita rentak dunia.

p/s: We're support you Rocky and Jeff!!

Lens 6

No comments: